Assalamualykum...
Kucoretkan nota ini untukmu yang bertahta dalam hatiku.
Jika kamu syg pd seseorang,ucapkanlah. Itulah titipan kekasih Allah pd umatnya.
Maaf krana xterungkap olehku,tp hati ini rindu padamu. dan rindu itu bukanlah ia jika xbersama nama ilahi.
Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
I luv u all. thank for being part of my life.. sekali aku cinta,aku tetap cinta.. InsyaAllah. may our frienship last 4ever. :))
 |
| Sahabat untuk selamanya. <3 |
 |
| Gegulz dalam Kelab Gayung Fatani. Luv every single one of u.. <3 |
 |
| Family usrah FKAB |
 |
| Me wif Masya, Dila, n Adeng <3 |
 |
| Bersama bdk klas yang awesome: Dahiyah, Ira, Mar, Byha, Mas, n Rina |
 |
| Wif Cyoko, Dahiyah, Mar, n Farah : Kenangan kajian etnik puak Mahmeri |
 |
| Bdk2 kiut fatani: Tikah, Farah n Yus. Miss them~ |
 |
| Pertama kali kluar dari UKM.. My top 10 fwen in UKM. |
.
 |
| Riang ria budak kelab pencak silat.. Rindu saat ini.. |
 |
| Me, Farah n Ila.. Tgh mkn aiskrim. yummy~ |
 |
| Cheq pun bdk kedah jgk.. I luv them. |
 |
| Kita bersama mendaki gunung Nuang.. Bestie 4ever InsyaAllah. |
 |
| Sisters in a family called Pencak Silat UKM |
 |
| Kami pernah berkumpul bersama untuk berbuka puasa. |
 |
| Kenangan ke Pangkor |
 |
| Bestie~ |
 |
| Luv all of them wif all my heart |
 |
| family pencak <3 |