Saturday, 23 February 2013

Manusia & Dunia


Selama aku hidup dlm lebih 2 dekad ini, pelbagai kerenah  dan  ragam  manusia dapat diperhatikan. Manusia ini terlalu unik dan menarik untuk dikaji.. Apa yang penting, yang baik dijadikan  teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga tahun-tahun yang dihadapi olehku boleh membawa aku untuk mengenal siapa diri ini, membentuk peribadi yang unggul serta membawa aku untuk mengenal Allah dengan lebih dekat. Amin.

Hubungan manusia dan dunia,sukar untuk  dinafikan kekuatannnya. Hanya segelintir sahaja yang mampu merobohkan tembok kekuatan ikatan tersebut. Ya Allah, mampukah aku mengurangkan ikatan dengan dunia? Dunia ini terlalu banyak pancaroba.. pelbagai halangan dan liku hidup akan dihadapi, semuanya adalah sebagai ujian dan persiapan bekalan untuk menuju akhirat sana.

Sabarlah duhai hati…
Dunia hanya penjara sementara..
Dunia, satu penjara yang amat berkuasa untuk mengurung minda dan  jiwa ini.
 Semakin hari, semakin terleka manusia dengan nya…. 


Tuesday, 19 February 2013

Awan yang terpilu… Erk?

Assalamualaikum..

Allah, penciptaku, penguasaku, dan penolongku…
Melihat kekuasaan dan keindahan ciptaan Allah, merupakan salah satu perkara yang boleh mengingatkan aku tentang siapa aku yang sebenarnya.. Diri ini yang hanya seorang hamba yang merdeka. Betapa merdekanya diriku ini sehingga Allah mengizinkan aku berbuat apa saja dengan kehidupan ini.. Allah mengizinkan aku berbuat apa saja bahkan dosa sekalipun. Namun aku tahu Allah x reda dengan orang yg melakukan dosa.. Allah mengizinkan tapi tidak redha dengan pelakunya…
Kita ini  merdeka tapi masih seorang hamba….
Semoga aku dan semua yang berada di sekelilingku diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang cemerlang di dunia dan akhirat sana.. amin..

Lihatlah langit yang tinggi…
Subhanallah, Allah yang punya…
Lihatlah indahnya dunia…
Subhanallah… Semuanya Dia yang cipta…
Lihatlah betapa luas dan  indahnya ciptaan Allah..
Tiada yang mampu  menandingi….

Mari mengenal ciptaan Allah, Awan…
Awan boleh dikelaskan dengan sistem bahasa latin yang menerangkan jenis awan yang dilihat pemerhati.

Latin Root
Ertinya
Contohnya
cumulus
stratus
cirrus
nimbus
timbunan (heap)
lapisan( layer)
ikal rambut (curl of hair)
hujan
cumulus d hari yg cerah
altostratus
cirrus
cumulonimbus
 Selain itu, awn juga boleh diklaskan mengikut  garis lintang, paras ketinggian dan kestabilan atmosfera.

awan2
sumber gambar : :)
                            
Aku kagum  melihat keindahan awan ciptaan tuhan...... lihatlah indahnya dunia.. 
Penciptanya sgt awesome.


1.      Altostratus

2.      Nimbostratus
3.      Kumulus
4.      Kumulosnimbus
5.      Stratokumulus
6.      Stratus
7.      Altokumulus
 
8.      Sirus
 
9.      Sirrokumulus
10.  Sirostratos.
 

Monday, 18 February 2013

Aku dan mak


Assalamualaikum..

Mak... 
Seorang insan yang sangat penting dalam hidupku. Mak kadang-kadang seorang ditaktor, kadang2 seorang kawan dan most of the time seorang pembantu kehidupan. Mak ibarat sebuah mesin serba guna, seperti mesin basuh yang mencuci pakaian yang kotor, seperti mesin jahit yang menampal bahagian yang koyak, seperti sterika yang membetulkan mana yang berkedut, dan dia seorang tukang masak yang hebat, walaupun masakn yang dihidangkan simple,tapi mulut sentiasa berair memikirkan masakannya.


mak dan adik yoe.... <3
Mak, terima kasih yang tak terhingga atas segala jasa yang mak beri selama anakmu masih hidup. Takkan terbalas jasa dan pengorbananmu. Tak tergambar besarnya jasamu dalam hidup ini. Walaupun kadang2 mak sentiasa cuba nak jadi controller dalam hidup anakmu ini, tapi semua yang mak buat tak penah mendatangkan keburukan pada diri ini, walaupun kadang2 cara yang mak guna agak sakit, tapi timbul rasa damai selepas itu.

Aku masih ingat peristiwa itu, mak paksa aku makan ubat pahit sebab aku demam, dan aku tak makan pun ubat tu, sehingga memaksa emak menyumbat ubat melalui punggungku. Aku sangat sakit hati sebab tu, tapi sebab tu jugalah demam aku kebah keesokan harinya. Dan juga peristiwa aku terpijak paku karat masa bermain dengan kawan2 sekampung, dan walaupun sakit, aku bertahan juga untuk tdk ke klinik sehingga mak menipuku. mak menipu aku untuk pergi ke klinik, mak kata hanya untuk ambik ubat, tapi rupa2nya untuk disuntik. Masa tu Aku disuntik selepas ditipu mak. selepas sembuh daripada peristiwa itu, mak tipu aku lagi. Aku ingat lagi masa tu, aku tgh bermain air parit yang besar kat padang, bila mak melarangku dan suruh aku balik. Tapi aku terus leka sehingga mak menipuku mengatakan yang dia akan menelefon doktor yang menyuntikku utk datang bersama utk check keadaan kaki aku. Aku yang syok bermain dalam air terus naik ke darat. Sebab peristiwa tu lah, aku jadi kurang percaya dengan kata2 mak. Aku diajar untuk berfikir dua kali sebelum menilai tindakan mak. Mak sentiasa tipu aku… dan bila dah besar ni, baru aku tahu betapa mulianya penipuan yang mak buat selama ini. Maafkan org mak..
Aku ingat lagi aku pernah meninggikan suara depan mak, gara2 mak lebihkan abg aku berbanding aku. Mmg tak dapat dinafikan, abgku ialah anak emas mak, mak sentiasa melebihkan dia. Y? aku terlepas ckp kat mak masa tu dan aku rasa bersalah yang teramat beberapa jam slpas itu. Nak minta maaf depan2, terasa ego menguasai diri.. dan  peristiwa itu menjadi memori dalam hidup. Adakah mak masih ingat?
Aku menulis mesej minta maaf dalam telefon mak.. masa tu aku tak pakai fon lagi. Aku menyimpannya dalam bahgian ‘note’. Dan aku membuat alarm dengan tajuk, ‘ sila baca note dlmhp’ dan tetapkan waktu ketika aku berada di sekolah. Tak lah malu sgt bila dia baca tu sbb masa tu aku dah kat sekolah.  Dan bila balik dari sekolah, mak masak lauk kesukaan aku, ikan singgang. Nyum!
Mak, walau apa pun yang mak buat, ore tahu ada sesuatu yang indah akan mengiringi. Terima kasih kerana menjadi malaikat kecil dalam hidup ini. Walaupun  iman ini  sentiasa goyah menangani cabaran dan arus kehidupan, malaikat sentiasa ada untuk mengawasi, menjaga dan mencatat amalanku.  Kan mak? I love u mak….

Wednesday, 13 February 2013

Memori itu


Assalamuailaikum....

Mulut x tahu macam mana untuk memulakan bicara, tapi hati dan minda ini asyik teringatkan memori-memori lampau dan impian yang diidamkan. Memori yang terlalu indah untuk dilupakan dan impian yang tidak pasti kesudahannya. Dan semoga memori2 yang berlalu sentiasa terpahat dalam diri ini. Memori itu terlalu berharga bagiku. Dan semoga impian menjadi realiti suatu masa nanti.
         

Memori aku dan abah.

Abah ialah guru dan motivator terbaik dalam hidupku. Walaupun hanya seorang penjaja ikan, tapi dia mampu memberikan keluargaku keperluan hidup. Abahku idolaku. Dia seorng yang multi tasking, sangat handsome dan manis orangnya lebih2 lagi bila dia senyum,menimbulkan lesung pipit idaman. Pemalu tapi dalam masa yang sama tabah dan penyabar, abah sgt baik hati, dan rajin. How I miss him like crazy.

                                

 Masa tu, aku 6 tahun, buku yang aku suka baca ialah buku bertajuk ‘Bacalah Sayang’. Abah sentiasa  ada masa untuk anak2nya. Abahlah yang memupuk minat membaca dlm diri aku. Bila abah balik dari menjaja ikan tengah hari, dia akan meluangkan masa untuk aku. Dia akan mengajakku main game cikgu2. Dia jadi cikgu, aku jadi anak muridnya. Aku ingat lagi peristiwa itu, aku x tahu nak menggunakan perkataan ‘ng’ ,jadi perkataan ‘tolong’ hanya dibaca sebagai tolo.. dan abah buat lawak fasal tolol. Dan kami ketawa bersama.
 Abah jugalah yang menyebabkan aku sangat meminati subjek mathematik. Seriously, sebab abahlah, math jadi sgt2 menarik. Abah sentiasa uji aku dengan kira2 matematik. Sebab abah jugalah,aku minat alam sekitar, aku sayangkan binatang, aku cintakan tumbuh tumbuhan. Abah sentiasa mengajak aku menonton rancangan national geographic semasa aku kecil. Dan aku sangat rindukan suasana itu.

Gambar abah dan Uda.
                               
                         Abah, anakmu ini sangat menyanjungimu… I love u dad. So much.

Tuesday, 12 February 2013

Aku dan blog.


Assalamualaikum....

Aku baru melangkah ke dunia ni. Sebagai permulaan dalam dunia blog ni, aku xtahu nk tulis apa, jadi,, emmm, aku nak semadikan gambar2 yang cool dan awesome dalam blog ni! Gambar2 ni kebanyakannya aku ambik drp [http://www.boredpanda.com] dan Mr. Google. Aku pick random picture utk letak dalam blog ni.

1. Rumah Batu kat portugal

Nampak sgt semulajadi. Kalau dpt rumah ni, mesti rasa so peacefull dan damai. Rumah ni menjadi salah satu tarikan pelancongan kat Portugal..







2. Tempat letak buku yang awesome! 

Mcm buku tu terapung kat dinding tu kan? Mengikut sumber, bookself ni boleh menampung sehingga 15 pound lebih kurang 6.8 kg. Kalau nk tahu, design ni dah menang award. Mana taknya, ianya sgt cool,dan menarik.  Designer dia ialah :Miron Lior






3. Binatang yang kiut.

Photographer yang ambik gambar2 ni sgt awesome... Aku kagum.









Burung Hantu! Mata bulatnya memikat hati.. Gambar2 ini diambil oleh Brad Wilson, seorang animal photographer yg bagus.
sumber:  http://www.bradwilson.com/

4. Bunga Raya

Bunga Raya ialah bunga kebangsaan negara kita. Dan kita kongsi bunga kebangsaan yang sama dengan negara Korea! Walaupun tak berbau harum, bunga ni ada aura yang memikat hati. Comel kan bunga ni? bunga raya ialah salah satu bahan eksperiment biologi yang terbaik untuk tahu pasal organ2 bunga.

Part 'female' untuk bunga dipanggil pistil. Ada stigma, Style & Ovari.
Untuk 'male' part, kita panggil stamen. Ianya trdiri drp anther dan filamen.. Oh, rindunya subjek tu~




 Sumber ; Mr. Google

5. Senyuman. :)

Gambar2 senyuman kat bawah ni pun awesome jugak! Senyuman beri banyak makna dalam kehidupan. Dan ada banyak quotes berkaitan senyum.




“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 
― Dr. Seuss -



“Nothing shakes the smiling heart.” 
― Santosh KalwarI Am Dead Man Alive -




“Why be alone when we can be together baby
You can make my life worthwhile
And I can make you start to smile” 
― Mr. Big -



“Oh no. Don't smile. You'll kill me. I stop breathing when you smile.” 
― Tessa DareA Lady of Persuasion-

 Sumber gambar senyum2; Mr. Google