Assalamuailaikum....
Mulut x tahu macam mana untuk memulakan bicara, tapi hati dan minda ini asyik teringatkan memori-memori lampau dan impian yang diidamkan. Memori yang terlalu indah untuk dilupakan dan impian yang tidak pasti kesudahannya. Dan semoga memori2 yang berlalu sentiasa terpahat dalam diri ini. Memori itu terlalu berharga bagiku. Dan semoga impian menjadi realiti suatu masa nanti.

Memori aku dan abah.
Abah ialah guru dan motivator terbaik dalam hidupku. Walaupun hanya
seorang penjaja ikan, tapi dia mampu memberikan keluargaku keperluan hidup.
Abahku idolaku. Dia seorng yang multi tasking, sangat handsome dan manis
orangnya lebih2 lagi bila dia senyum,menimbulkan lesung pipit idaman. Pemalu
tapi dalam masa yang sama tabah dan penyabar, abah sgt baik hati, dan rajin.
How I miss him like crazy.

Masa tu, aku 6 tahun, buku yang aku suka baca ialah buku bertajuk
‘Bacalah Sayang’. Abah sentiasa ada masa
untuk anak2nya. Abahlah yang memupuk minat membaca dlm diri aku. Bila abah
balik dari menjaja ikan tengah hari, dia akan meluangkan masa untuk aku. Dia
akan mengajakku main game cikgu2. Dia jadi cikgu, aku jadi anak muridnya. Aku
ingat lagi peristiwa itu, aku x tahu nak menggunakan perkataan ‘ng’ ,jadi
perkataan ‘tolong’ hanya dibaca sebagai tolo.. dan abah buat lawak fasal tolol.
Dan kami ketawa bersama.
Abah jugalah yang menyebabkan aku sangat meminati
subjek mathematik. Seriously, sebab abahlah, math jadi sgt2 menarik. Abah
sentiasa uji aku dengan kira2 matematik. Sebab
abah jugalah,aku minat alam sekitar, aku sayangkan binatang, aku cintakan
tumbuh tumbuhan. Abah sentiasa mengajak aku menonton rancangan national
geographic semasa aku kecil. Dan aku sangat rindukan suasana itu.
![]() |
| Gambar abah dan Uda. |
Abah, anakmu ini sangat menyanjungimu… I love u dad. So much.

No comments:
Post a Comment