Assalamualaikum..
Mak...
Seorang insan yang sangat penting dalam hidupku. Mak
kadang-kadang seorang ditaktor, kadang2 seorang kawan dan most of the time
seorang pembantu kehidupan. Mak ibarat sebuah mesin serba guna, seperti mesin
basuh yang mencuci pakaian yang kotor, seperti mesin jahit yang menampal
bahagian yang koyak, seperti sterika yang membetulkan mana yang berkedut, dan
dia seorang tukang masak yang hebat, walaupun masakn yang dihidangkan
simple,tapi mulut sentiasa berair memikirkan masakannya.
![]() |
| mak dan adik yoe.... <3 |
Aku masih ingat peristiwa itu, mak paksa aku makan ubat pahit sebab
aku demam, dan aku tak makan pun ubat tu, sehingga memaksa emak menyumbat ubat
melalui punggungku. Aku sangat sakit hati sebab tu, tapi sebab tu jugalah demam
aku kebah keesokan harinya. Dan juga peristiwa aku terpijak paku karat masa
bermain dengan kawan2 sekampung, dan walaupun sakit, aku bertahan juga untuk
tdk ke klinik sehingga mak menipuku. mak menipu aku untuk pergi ke klinik, mak
kata hanya untuk ambik ubat, tapi rupa2nya untuk disuntik. Masa tu Aku disuntik
selepas ditipu mak. selepas sembuh daripada peristiwa itu, mak tipu aku lagi.
Aku ingat lagi masa tu, aku tgh bermain air parit yang besar kat padang, bila
mak melarangku dan suruh aku balik. Tapi aku terus leka sehingga mak menipuku
mengatakan yang dia akan menelefon doktor yang menyuntikku utk datang bersama
utk check keadaan kaki aku. Aku yang syok bermain dalam air terus naik ke darat.
Sebab peristiwa tu lah, aku jadi kurang percaya dengan kata2 mak. Aku diajar
untuk berfikir dua kali sebelum menilai tindakan mak. Mak sentiasa tipu aku…
dan bila dah besar ni, baru aku tahu betapa mulianya penipuan yang mak buat
selama ini. Maafkan org mak..
Aku ingat lagi aku pernah meninggikan suara depan mak, gara2 mak
lebihkan abg aku berbanding aku. Mmg tak dapat dinafikan, abgku ialah anak emas
mak, mak sentiasa melebihkan dia. Y? aku terlepas ckp kat mak masa tu dan aku
rasa bersalah yang teramat beberapa jam slpas itu. Nak minta maaf depan2,
terasa ego menguasai diri.. dan
peristiwa itu menjadi memori dalam hidup. Adakah mak masih ingat?
Aku menulis mesej minta maaf dalam telefon mak.. masa tu aku tak
pakai fon lagi. Aku menyimpannya dalam bahgian ‘note’. Dan aku membuat alarm
dengan tajuk, ‘ sila baca note dlmhp’ dan tetapkan waktu ketika aku berada di
sekolah. Tak lah malu sgt bila dia baca tu sbb masa tu aku dah kat sekolah. Dan bila balik dari sekolah, mak masak lauk
kesukaan aku, ikan singgang. Nyum!
Mak, walau apa pun yang mak buat, ore tahu ada sesuatu yang indah
akan mengiringi. Terima kasih kerana menjadi malaikat kecil dalam hidup ini.
Walaupun iman ini sentiasa goyah menangani cabaran dan arus
kehidupan, malaikat sentiasa ada untuk mengawasi, menjaga dan mencatat
amalanku. Kan mak? I love u mak….



No comments:
Post a Comment