Selama
aku hidup dlm lebih 2 dekad ini, pelbagai kerenah dan ragam manusia
dapat diperhatikan. Manusia ini terlalu unik dan menarik untuk dikaji.. Apa
yang penting, yang baik dijadikan teladan
dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga tahun-tahun yang dihadapi olehku
boleh membawa aku untuk mengenal siapa diri ini, membentuk peribadi yang unggul
serta membawa aku untuk mengenal Allah dengan lebih dekat. Amin.
Hubungan
manusia dan dunia,sukar untuk dinafikan
kekuatannnya. Hanya segelintir sahaja yang mampu merobohkan tembok kekuatan
ikatan tersebut. Ya Allah, mampukah aku mengurangkan ikatan dengan dunia? Dunia
ini terlalu banyak pancaroba.. pelbagai halangan dan liku hidup akan dihadapi,
semuanya adalah sebagai ujian dan persiapan bekalan untuk menuju akhirat sana.
Sabarlah
duhai hati…
Dunia
hanya penjara sementara..
Dunia,
satu penjara yang amat berkuasa untuk mengurung minda dan jiwa ini.

No comments:
Post a Comment